Monday, March 26, 2012

DAFTAR ISI

Bab 2 - Menangis Kerana Takut Kepada Allah SWT
Bab 3 - Sabar Dan sakit
Bab 4 - Melatih Diri Menahan Nafsu Dan syahwat
Bab 5 - Memerangi Nafsu Dan Syaitan
Bab 6 - Lupa Kepada Allah SWT
Bab 7 - Meninggalkan Perintah, Fasik Dan Munafik
Bab 8 - Bertaubatlah
Bab 9 - Mahabah (Cinta) Kepada Nabi SAW
Bab 10 - Merindukan Allah SWT
Bab 11 - Taat Dan Mahabbah Kepada Allah SWT Dan Rasul-Nya
Bab 12 - Iblis Dan Seksanya
Bab13 - Amanat Allah SWT
Bab 14 - Menyempurnakan Solat Dengan Khusyuknya
Bab 15 - Amar Makruf Nahi Mungkar
Bab 16 - Memusuhi Syaitan
Bab 17 - Amanat Dan Taubat
Bab18 - Keutamaan Kasih Sayang
Bab 19 - Khushuk Dalam Sembahyang
Bab 20 - Ghibah (Mengumpat) Dan Memfitnah
Bab 21 - Keutamaan Zakat
Bab 22 - Jangan Hampiri Zina
Bab 23 - Silaturrahim Dan Bakti Kepada Orang tua
Bab 24 - Berbakti Kepada Kedua Orang Tua
Bab 25 - Zakat Dan Bakhil
Bab 26 - Panjang Angan - Angan
Bab 27 - Taat Dan Meninggalkan Larangan
Bab 28 - Mengingati Maut
Bab 29 - Langit Dan Rupa - Rupa Yang berbedza
Bab 30 - Al-Kursi, Arasy, Malikat Muqarrabin, Rezeki Dan Tawakal
Bab 31 - Keburukan Dunia Dan Meninggalkannya
Bab 32 - Kebusukan Dunia
Bab 33 - Keutamaan Qanaah
Bab 34 - Keutamaan Fuqura
Bab 35 - Menjadikan Wali Selain Allah SWT
Bab 36 -

Sunday, March 18, 2012

BAB 1 - TAKUT KEPADA ALLAH SWT


Rasulullah s.a.w. bersabda :
“ Sesungguhnya Allah SWT menciptakan Malaikat. Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur. Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepala nya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah. Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat agar menyelam ke dalam lautan dari Nur di bawah Arasy Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas – gibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat. “
Setengah hukama mengatakan, “ Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan, Keselamatn roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘ Khairil Anam ‘ ( Muhammad SAW ) “.

Firman Allah s.w.t. :

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. "


Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
" Tanda - tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara. "
Pertama: Pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al- Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua. Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
" Hasad itudapat memakan kebaikan sebagaimana api mebakar kayu. "
Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang sangat berbahaya. Tiada ubat untuk penyakit hati selain ilmu dan amal.

Ketiga. Pada pandangannya. Maka dia tak suka memandang padea makanan, minuman, pakaian atau hal - hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat. "

Keempat. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. itu dosa besar. sebagaimana Nabi SAW bersabda:
" Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut sesaorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian maka tempatnya di Neraka. "

Kelima. Pada kedua tangannya. Dia tidak mengunakannya pada perkara yang haram. Tapi hanya mengunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
" sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah. "

Keenam. Pada langkah kakinya. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama , orang - orang soleh.

Ketujuh. Terllihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.

Barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. "

(Al-Hijr 15:45)







Saturday, March 17, 2012

MUQADDIMAH

NOTA: Petikan dari buku tajuk yang sama, oleh Hujatul Islam Imam Al - Ghazali. Terjemahan kitab ' Mukashafah Al Qulub " . Di terbitkan oleh : Wholesale - Mart Business Point Sdn Bhd. No 69A, Jalan Alam Jaya 17, Taman Alam Jaya, 43200 Bt 9 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Cetakan Kedua belas 2008.

Rasulullah saw bersabda :

" Ingat! Sesunggohnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
(H.R. Bukhari & Muslim )
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh - musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk di tumpaskan jika kita tidak mempunuyai persediaan asas yang lengkap.
Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan - amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikan rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha - usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata - mata kerana-Nya.
Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia - rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.