Saturday, March 17, 2012

MUQADDIMAH

NOTA: Petikan dari buku tajuk yang sama, oleh Hujatul Islam Imam Al - Ghazali. Terjemahan kitab ' Mukashafah Al Qulub " . Di terbitkan oleh : Wholesale - Mart Business Point Sdn Bhd. No 69A, Jalan Alam Jaya 17, Taman Alam Jaya, 43200 Bt 9 Cheras, Selangor Darul Ehsan. Cetakan Kedua belas 2008.

Rasulullah saw bersabda :

" Ingat! Sesunggohnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
(H.R. Bukhari & Muslim )
Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh - musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk di tumpaskan jika kita tidak mempunuyai persediaan asas yang lengkap.
Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan - amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikan rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha - usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata - mata kerana-Nya.
Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia - rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.