Setengah hukama mengatakan, “ Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan, Keselamatn roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘ Khairil Anam ‘ ( Muhammad SAW ) “.
Firman Allah s.w.t. :
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
" Tanda - tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara. "
Pertama: Pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al- Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua. Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
" Hasad itudapat memakan kebaikan sebagaimana api mebakar kayu. "
Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang sangat berbahaya. Tiada ubat untuk penyakit hati selain ilmu dan amal.
Ketiga. Pada pandangannya. Maka dia tak suka memandang padea makanan, minuman, pakaian atau hal - hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar. Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat. "
Keempat. Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. itu dosa besar. sebagaimana Nabi SAW bersabda:
" Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut sesaorang, maka seluruh Malaikat di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian maka tempatnya di Neraka. "
Kelima. Pada kedua tangannya. Dia tidak mengunakannya pada perkara yang haram. Tapi hanya mengunakannya untuk taat kepada Allah.
Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata:
" sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk kesitu, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah. "
Keenam. Pada langkah kakinya. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama , orang - orang soleh.
Ketujuh. Terllihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik.
Barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:
" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. "